Ziyad Production. Powered by Blogger.
Silakan Pasang Iklan

Profil - Saujana

Kumpulan Saujana merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.Ditubuhkan pada 1997 berasal dari sebuah kumpulan nasyid sekolah, All For Ummah Sek.Men Agama Persekutuan Kajang.
Kumpulan Saujana merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan ini telah menghasilkan lima album dengan satu album karaoke, dan terlibat dalam lebih sepuluh album kompilasi bersama artis-artis terkenal di Malaysia. Kumpulan ini turut mengadakan album duet bersama Kumpulan NowSeeHeart pada tahun 2005. Album itu d beri judul Jalan Sehala, memuatkan lagu-lagu dari beberapa komposer terkenal Malaysia antaanya Aidit Alfian dan Loloq. Kumpulan ini terdiri daripada 5 orang ahli, masing-masing berusia 24 tahun pada 2005. Mereka pernah mengadakan persembahan di seluruh negara Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Jualan album-album mereka amat membanggakan, dan mereka menjadi idola kepada remaja-remaja di Malaysia. Selain menyanyi, setiap seorang dari mereka juga mempunyai karier tetap masing-masing, atau menjadi mahasiswa di universiti. Ini menunjukkan mereka tidak mengabaikan pelajaran dan membuktikan bahawa artis juga boleh dijadikan contoh untuk ikutan peminat ke arah yang baik. Mereka kini berkarier professional sebagai doktor, jurutera, ekskutif dan menjalankan perniagaan sendiri.

Anggota Saujana (mengikut turutan abjad):
  1. Aza (Azalinor Abdul Rahman)
  2. Pyan (Mohd Suffian Amrin)
  3. Najer (Wan Najran Wan Mohd Noh)
  4. Adi (Ahmad Zuhaidi Abdul Aziz)
Bekas anggota (album pertama hingga album keenam):
  1. Idzu (Khairul Idzwan Baharin)
  2. Kimi (Mohd Hakimi Haji Harun)
  3. Ley (Faizul Hizal Ghazali)
  4. Shahir (Ahmad Shahir Zawawi)
Bekas anggota (tanpa album):
  1. Joni (Mohd Juwaini)
  2. Piro @ Rul (Fairul Ramzi)
  3. Patek (Fathi Faruq)
  4. Adi Zhafran (Adi Lup Lup)
  5. Ahmad Faisal (Mike Ikan Belida)

Album

Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Saujana


 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Profil - Saujana"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top